Ahad, 3 Februari 2013

Kucing Hilang

Seharian menanti, menanti dan terus menanti..
Macam ibu yang menanti anaknya yg tak kunjung tiba je gayanya..
-
-
-
-
Huhuhu..semalam kucingku hilang. Wlpn kucing tu xde la semahal kucing parsi..alaa..kucing biasa-biasa je..tp syg bangat kat kucing tu..kucing made in Indonesia tau..hihi..



Ni laa kucing tu. Nama dia Eyyo. Aku kutip kucing ni dekat Konsulat Malaysia Pekanbaru. Asalnya kucing ni ada tuan dia. Tp tuan dia dah tak nak lg..jd kitorang amik la bela..nama asal dia Sporty..dapat kat kitorang, terus la tukar nama..hihi..

Berbalik pada cite asal, Eyyo ni hidup dia sehari-hari kt dalam umah je. maklumla umah sewa kitorang ni tak ada halaman sgt. Lagipun kesian kt dia sejuk kalau bagi tidur kat luar. Dia ni sgt la penakut. Kalau kitorang bagi keluar siang hari, jawabnya memang x keluarla..dia takut ngan bunyi motor, suara budak-budak..malam bila dah sunyi sikit mula la dia mengiau depan pintu mintak nak keluar..

Alkisahnya malam tu, bila buka je pintu, terus dia keluar. Aku biarkan je la dulu. Biar dia main-main dulu. Sekali bila dah lewat sikit, tunggu punya tunggu tak balik-balik..jenuh mencari..sampai aku rasa dah penat sgt  dan buat kptusan, biar je dia tido luar dulu mlm ni..dengan harapan subuh esok dia dh tunggu dpn pintu. Tapi hampa...


Mlm td pukul 11 mlm (kul 12 waktu Malaysia), tiba-tiba dgr suara dia mengiau dpn pintu. Mula-mula ingatkan mimpi, sbb aku dah terlelap masa tu..bila buka pintu dia terus masuk & mulut bising mintak makanan..hihi..
-
-
Jodoh kita masih panjang utk bersama..
Cayang Eyyo~

Ahad, 27 Januari 2013

My Lovely Family

..Keluarga Saya..




Ini keluarga saya..(maaf, gambar blur)

Saya rindu semua..tapi ni gambar tahun 2011..tiada dalam gambar 2 orang anak buah kembar dan abang ipar yang ke-2..



Ni la anak buah kembar yang baru lahir..yg xde dlm gambar kat atas..nama si comel ni Muhammad Anwar Hadif & Muhammad Anwar Hariz..Rindu sesangat..



Ni pulak abg ipar yang kedua..juga tiada dalam gambar family di atas..

~Setakat ni, ini jela family sy..insya Allah lepas ni mungkin bertambah.. =)

Saling Berkongsi~

Tujuan utama blog ni dibuat sebenarnya adalah atas beberapa sebab :

* Untuk saling berkongsi secebis kisah-kisah dalam melalui liku-liku hidup..
- Setiap org x sama kan p'jalan hidup?

*Untuk m'dapat lebih byk info & masukan..
- Pengalaman sepanjang jadi silent reader ni, byk dpt input dari blog-blog, jadi x salahkan kalau sy juga ingin b'kongsi cerita & info..

*Nak cari lebih ramai kenalan..
- Hidup ini akan indah bila kita ramai kenalan dan yg penting tak nak cari musuh..

Haaa..rasanya itu aje kot..Diharapkan blog ini byk m'beri manfaat pada masa akan datang..Moga Allah jauhi dari segala yang tidak elok..

Amin~


Sabtu, 26 Januari 2013

Muka Baru

Assalamualaikum..

Hai, apa khabar semua? Saya muka baru di alam maya..salam perkenalan. Semoga kita dapat saling berbagi ilmu dan b'kongsi pandangan. Dah puas rasanya asyik jadi silent reader je..jadi apa salahnya saya turut b'kongsi cerita..harap m'dapat manfaat utk bekalan dunia dan akhirat..Insya Allah..